Iklan

ads

Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA)

Pada tahun 1980, sebuah badan persilatan di peringkat Antarabangsa telah ditubuhkan di Jakarta. Pertubuhan ini telah dinamakan sebagai Persekutuan Silat Antarabangsa (PERSILAT). 3 buah negara telah mengasaskan penubuhan ini, iaitu Indonesia, Singapura dan Malaysia.
Indonesia telah diwakili oleh Ikatan Pencah Silat Indonesia (IPSI). Singapura telah diwakili oleh Persekutuan Silat Singapura (PERSISI) dan Malaysia, oleh kerana belum mempunyai badan silat diperingkat kebangsaan, telah diwakili oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia (KKBS).

seluruh pendokong-pendokong silat tanahair, maka pada 24hb September 1983, tertubuhlah dengan rasminya Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia atau ringkasnya (PESAKA). Upacara ini telah dirasmikan oleh Y.B. Sdra. Anwar Ibrahim, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia.
Pada hari penubuhan PESAKA, wakil-wakil dari 10 badan silat peringkat Negeri dan 4 badan silat peringkat Kebangsaan telah menghadiri upacara bersejarah ini. Kesemua badan silat ini telah memungkinkan keujudan PESAKA hingga kini.

0 Response to "Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA)"